"Bunga, terima kasih kerana mencintai anak saya" - Bapa Ashraf Sinclair

Astro Awani
Februari 18, 2020 19:29 MYT
Bunga Citra Lestari ditenteramkan oleh keluarga dan rakan-rakannya. - Gambar Kompas
Ucapan ayah kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair sejurus berakhir pengebumian anaknya itu benar-benar menyentuh hati, lapor portal Kompas.
Mewakili keluarganya, Mohammed berterima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada anaknya.
Dalam ucapan yang sama, Mohammed turut merakamkan penghargaan buat menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) yang pernah membina kehidupan sebagai isteri kepada Allahyarham Ashraf.
“Terima kasih buat kalian semua yang hadir, begitu banyak orang di sini. Bunga (BCL) terima kasih telah mencintai anak saya,” ucap ayah Ashraf disambut dengan esakan Bunga.
BACA: Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata...
BACA: Jenazah Ashraf Sinclair selamat dikebumi
Sebelum ucapan Mohammed, suasana pilu menyelebungi Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat saat jenazah Allahyarham Ashraf disemadikan.
Tangisan anak tunggal Allahyarham Ashraf hasil perkahwinan dengan Bunga, Noah Aidan Sinclair turut meruntun hati kaum keluarga dan rakan-rakan yang menghadiri majlis pengebumian aktor berusia 40 tahun itu.
Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung.
Pemergian Ashraf ke negeri abadi mengejutkan seluruh peminat seni Malaysia dan Indonesia.
BACA: 'Semoga diberi jalan yang lapang buat Ashraf' - Bunga Citra Lestari
#Ashraf Sinclair #Bunga Citra Lestari #Indonesia #Malaysia #meninggal dunia #Noah Aidan Sinclair #San Diego Hills
;