Buku Harry Potter raih RM700 ribu dalam lelongan

AFP
Mei 22, 2013 12:00 MYT
Edisi pertama tahun 1997 bertajuk “Harry Potter & The Philosopher’s Stone” yang ditulis bersama nota oleh pengarangnya J.K. Rowling dijual dengan harga £150,000 (RM686,904) pada lelongan di London pada Selasa, satu rekod baru buat penulis itu.
Dua orang pembida bersaing bagi mendapatkan buku tersebut sebelum pembidaan tamat dan memperolehi tepukan gemuruh di tempat lelongan Sotheby.
Buku tersebut mengandungi komen dan 22 lakaran asal Rowling.
Jualan tersebut merangkumi sebahagian buku yang dikarang oleh 50 penulis British dan kontemporari Komanwel dan meraih jumlah jualan sebanyak £439,200 (RM2,011,255).
Harga kedua tertinggi diperoleh dari buku klasik kanak-kanak, Roald Dahl’s Matilda, yang dijual dengan harga £30,000 (RM137,381).
Barangan lelongan lain termasuk hasil kerja dari Julian Barnes, Alan Bennett, Seamus Heaney dan Hilary Mantel.
Ramai pengarang yang diwakilkan di jualan tersebut hadir sendiri, termasuk Helen Fielding, Frederick Forsyth dan Ben Okri.
“Ini merupakan satu kesudahan yang berjaya bagi sebuah projek yang melibatkan kerja keras dan bantuan dari ramai pihak,” kata Rick Gekoski yang mengelolakan kutipan jualan tersebut.
“Saya yakin pembeli buku tersebut akan teruja dengan belian mereka,” tambahnya.
#bida #edisi pertama #Harry Potter #lelongan #rowling
;