Bukan senang ya! Neelofa diberi kepercayaan kendali Instagram Vogue Italia

Gempak
Oktober 1, 2019 20:00 MYT
Neelofa akan bekerjasama dengan majalah berprofil tinggi itu untuk pertunjukan fesyen jenama mewah Miu Miu yang akan berlangsung di Paris sebentar lagi.
PELAKON dan pengacara MeleTOP Neelofa diberi kepercayaan untuk mengambil alih Instagram rasmi majalah fesyen terkemuka, Vogue Italia.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi kolaborasi bersejarah itu untuk tatapan umum.
“Guys, saya akan melakukan INSTAGRAM TAKE OVER untuk Majalah Vogue Italia sebentar lagi. Nantikan kolaborasi istimewa ini,” tulis pengasas jenama Naelofar Hijab itu di ruangan IG Storynya.
Neelofa akan bekerjasama dengan majalah berprofil tinggi itu untuk pertunjukan fesyen jenama mewah Miu Miu yang akan berlangsung di Paris sebentar lagi.
Terdahulu, Neelofa merupakan antara selebriti Malaysia yang paling banyak menerima undangan pertunjukan fesyen mewah antaranya Christian Dior, Prada, Max Mara, Marc Jacobs dan banyak lagi.
#Christian Dior #Instagram Take Over #Malaysia #Marc Jacobs #Max Mara #Meletop #Miu Miu #Neelofa #Prada #Vogue Italia
;