'Bukan senang jadi pelakon' - Riz Amin cedera di set 'Polis Evo 2'

Gempak
Disember 6, 2017 16:00 MYT
Riz juga menyatakan penghargaan terima kasihnya kepada Zizan dan beberapa orang kru penggambaran ang menemaninya ke hospital hingga menghantarnya pulang ke rumah. - Foto Instagram Riz Amin
Pelakon Riz Amin mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika melakukan babak aksi untuk filem Polis Evo 2 malam tadi.
Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah di Kelang, Selangor sambil ditemani teraju utama filem itu, Zizan Razak.
"Bukan senang jadi pelakon, risiko tinggi kadang-kadang.
"Ini merupakan satu proses pembelajaran apabila saya tiba-tiba jatuh tersungkur ketika sedang melakukan penggambaran Polis Evo 2.
"Benda nak jadi, tetapi, alhamdulillah semuanya ok," tulisnya di kapsyen entri terbaharu Instagram awal pagi tadi.
Baca: Cedera Ketika Jayakan Babak Aksi Polis Evo 2, Zizan Razak Mohon Doa Peminat
Riz juga menyatakan penghargaan terima kasihnya kepada Zizan dan beberapa orang kru penggambaran
ang menemaninya ke hospital hingga menghantarnya pulang ke rumah.
"Saya berterima kasih kepada rakan baik saya Zizan Razak, Nuar dan Nano yang menghantar saya ke hospital, tolak kerusi roda ke X-ray, tunggu sampai siap dan hantar ke rumah pula. Memang sempoi," tambah Riz.
#cedera #filem #Hospital Ampuan Rahimah #Instagram #Norizam Amin Nordin #Polis Evo 2 #Riz Amin #rumah #Zizan Razak
;