Bukan saya nak rahsiakan bertunang dengan penjaga gol negara, tetapi... - Eyra Hazali

Gempak
Disember 14, 2018 20:04 MYT
Menurut Eyra, dia mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kerana ingin menghormati permintaan kedua belah pihak keluarga.
PELAKON Eyra Hazali, 19, mendedahkan dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan berita gembira mengenai majlis pertunangannya bersama penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, 20.
Menurut Eyra, dia mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kerana ingin menghormati permintaan kedua belah pihak keluarga.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan mengenai majlis pertunangan kami.
"Saya tahu cepat atau lambat, berita itu akan tersebar juga. Saya menghormati permintaan keluarga saya dan Haziq," katanya kepada Gempak.
Eyra ditemui ketika majlis doa selamat dan pelancaran filem M4M4 yang berlangsung di Summit Hotel Kuala Lumpur City Centre, semalam.
Tambah heroin drama bersiri Mr. Grey ini, dia tidak akan merahsiakan majlis pernikahannya kelak.
"Saya akui tempoh bertunang banyak dugaannya tetapi saya juga tidak dapat berkongsi cerita berapa lama tempoh pertunangan ini.
"Insya-Allah kami tidak akan merahsiakan majlis perkahwinan dari pihak media," katanya lagi.
#Bertunang #bola sepak #Eyra Hazali #Haziq Nadzli #Kuala Lumpur #Mr Grey #pelakon #perkahwinan
;