PELAKON Noorkhiriah berkongsi sepotong video apresiasi bersama sekumpulan jururawat dan seorang doktor yang merawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Menerusi video pendek itu, Noorkhiriah berterima kasih kepada tenaga kerja yang tidak jemu-jemu memberikan layanan terbaik kepada ahli keluarganya.

"Niat saya post video ni nak ucap terima kasih, tak ada niat lain dan kebetulan ada kes tengah panas.

"Maaf saya bukan nak memanaskan lagi keadaan, mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah.

BACA: Isu layanan jururawat, KKM ambil serius aduan Linda Rafar

BACA: "Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki jururawat" - Wanita tampil jawab Linda Rafar

"Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

"Saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat TV, surat khabar semua... Maka inilah mediumnya," tulisnya.

Niat saya post video ni nak ucap terima kasih..takde niat lain..dan kebetulan ada kes tengah panas..maaf saya bukan nak mmanaskan lagi keadaan..mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah..salah ke saya nak ucapkan terima kasih?hanya itu saja yang mampu saya buat..saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat tv,sokabar semua..maka inilah mediumnye Terima Kasih Doktor @aliffzaki dan nurses