'Bukan merajuk, tapi saya akui...' - Siti Sarah dedah punca senyap

Gempak
Februari 23, 2019 12:30 MYT
Sarah menafikan puncanya senyap di laman sosial itu adalah kerana merajuk.
PENYANYI Siti Sarah akui jatuh sakit serta demam berturut-turut selepas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).
Sarah berkata kepada Hlive, ia menjadi salah satu punca mengapa dia ‘senyap’ dan tidak mengemas kini laman sosialnya.
“Lepas program nyanyian itu, saya memang demam yang agak teruk.
“Selepas itu pula saya bercuti ke Langkawi. Cuaca di sana terlaku panas hingga saya demam sekali lagi.
“Bila sakit, saya tidak mampu hendak mengemas kini laman sosial termasuk berjumpa dengan sesiapa.
“Bagi saya bukan isu besar pun jika saya tidak mengemas kini di laman sosial,” katanya.
BACA: Agak menjerit bawa lagu 'Semakin', akhirnya Siti Sarah buka mulut
BACA: "Saya tiada masalah dengan Siti Sarah" - Misha Omar
Bagaimanapun Sarah menafikan puncanya senyap di laman sosial itu adalah kerana merajuk.
Sebaliknya, pelantun lagu Semakin itu akui bersedih kerana kecundang di AJL 33 baru-baru ini.
“Secara jujurnya, setiap manusia normal untuk berasa kecewa atau sedih. Manusia juga berhak berasa marah dan gembira.
“Bukan merajuk tapi saya akui memang saya bersedih tapi bukan bermakna saya tidak menerima ketentuan itu, malah saya reda dan terima dengan hati terbuka.
“Bagi saya jika saya merajuk sekalipun, tapi dalam masa yang sama saya sihat mesti saya akan mengemas kini laman sosial saya tetapi kerana sakit , saya tidak mampu,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#AJL #Astro #hiburan #laman sosial #merajuk #Misha Omar #Siti Sarah
;