Buat pertama kali, Aishwarya Rai kongsi foto anak sempena Hari Ibu
Astro Awani
Mei 10, 2021 11:59 MYT
Mei 10, 2021 11:59 MYT
PELAKON terkenal Bollywood Aishwarya Rai membuat kejutan dengan berkongsi beberapa keping foto yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang memaparkan anak perempuannya, Aaradhya Bachchan sempena Hari Ibu.
Foto pertama memaparkan Aishwarya mencium anaknya itu sambil Aaradhya tidur dengan catatan "Sayang, nyawa saya, akan ku sayang buat selama-lamanya."
Foto kedua pula Aishwarya dilihat mendukung Aaradhya bersama mendiang bapa dan ibunya.
Rata-rata peminat terujua dengan perkongsian tersebut dan ada yang menyatakan ia sangat bermakna.
Aishwarya jarang berkongsi foto atau video di akaun Instagram miliknya kecuali pada hari perayaan atau hari lahir ahli keluarganya.
Pada ulang tahun perkahwinannya bersama suami Abhishek Bachchan, Aishwarya memuatnaik paparan panggilan video mereka berdua bersama Aaradhya dikelilingi jambangan bunga.
Pasangan tersebut meraikan ulang tahun perkahwinan ke-14 mereka bulan lepas namun terpaksa berjauhan kerana Abhishek terlibat dalam penggambaran filem terbaharunya Dasvi di Lucknow.
Aisywarya ketika itu berada di Mumbai.
Aishwarya dan Abhishek berganding dalam beberapa filem bersama dan berkahwin pada 2007.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Abhishek ceritakan tentang kisah cintanya bersama Aisywarya terutamanya pertemuan pertama mereka di Switzerland.