Buat majlis kahwin kecil-kecilan, Vanidah Imran mohon maaf jika ada pihak terasa

Gempak
Julai 17, 2022 11:08 MYT
Vanidah Imran memohon maaf andai ada pihak yang terasa hati jika tidak diundang ke hari bahagianya bersama suami, Arifabillah Idris. - Gambar GEMPAK
PELAKON jelita Vanidah Imran memohon maaf andai ada pihak yang terasa hati jika tidak diundang ke hari bahagianya bersama suami, Arifabillah Idris.
Menurut Vanidah atau lebih mesra di sapa sebagai Vee, 49, dia membuat majlis secara kecil-kecilan atas faktor kesihatan kedua-dua orang tua mereka.
“Majlis diadakan kecil-kecilan sahaja kerana mengambil kira faktor kesihatan kedua ibu bapa kami. Mohon maaf jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang terasa hati,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum itu melahirkan penghargaan buat semua doa dan ucapan tahniah yang diterima bagi melayari bahtera rumah tangga untuk kali kedua.
“Vee nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atau ucapan tahniah, ingatan dan kiriman doa dari semua, sama ada secara peribadi mahupun di media sosial.
“Moga Allah SWT kabulkan doa-doa tersebut dan dikembalikan juga pada anda semua. Kami berasa syukur dan sangat terharu dengan ucapan dan komen positif dari semua.
“Terima kasih sekali lagi atas segala kasih, doa dan sokongan yang diberikan selama ini. Vee sangat menghargainya,” ucapnya lagi.
Pada 7 Julai lalu, Vee dan Arifabillah disatukan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis di ibu kota.
Vee menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Vanidah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Rashidi Ishak pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pasangan ini sah bercerai pada Ogos 2018.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
#Vanidah Imrah kahwin #Vanidah kini isteri jurutera #Arifabillah Idris #pelakon
;