'Buat hal memalam' - Peminat terhibur baca perbualan Whatsapp Abby, Norman

Gempak
November 9, 2017 22:09 MYT
Pengikut IG Abby terhibur apabila Norman cuba menyakat Abby dengan menghantar fotonya yang menunjukkan lubang hidungnya. Foto Astro Gempak.
PEMINAT terhibur membaca paparan skrin perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara Abby Abadi dan Norman Hakim yang dimuat naik di laman Instagram (IG).
Abby menerusi IGnya memberitahu terkejut apabila menerima mesej daripada anaknya, Danish pada jam 10.44 malam, iaitu waktu sepatutnya anak lelakinya itu sudah tidur dan berada di asrama.
Namun rupa-rupanya mesej itu diterima daripada Norman Hakim yang menggunakan telefon bimbit anaknya itu untuk menyakat Abby.
Pengikut IG Abby terhibur apabila Norman cuba menyakat Abby dengan menghantar fotonya yang menunjukkan lubang hidungnya.
"Buat hal memalam
Terkejut kita dpt whatspp dari hp Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main hp lagi
Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA
PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi"
Dek kerana malu dengan tindakan Abby yang memuat naik wajahnya sedemikian rupa, Norman membalas menerusi ruangan komen:
Berikut merupakan foto serta paparan skrin yang dimuat naik:
#Abby Abadi #anak #Instagram #Norman Hakim #sekolah #WhatsApp
;