Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Gempak
Ogos 13, 2022 12:57 MYT
Ogos 13, 2022 12:57 MYT
ANOTHER day, another drama. Mungkin itulah yang berada dalam fikiran ramai orang apabila menyaksikan ‘perangai’ usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri.
Setelah beberapa hari menerima kecaman netizen akibat memuat naik video-video yang kurang molek untuk dijadikan tontonan, kini, Aliff kembali memberi kenyataan mengejutkan tentang dirinya.
Menerusi sebuah video yang telah dipadam, Aliff berkongsi rakaman yang menyaksikan dirinya menangis teresak-esak sambil mengakui mempunyai masalah mental tahap dua.
Menurut Aliff, sehingga ke hari ini, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa tentang masalahnya itu.
Aliff turut memaklumkan yang dia bakal mengundurkan diri daripada media sosial.
“Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.
“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” ucapnya.
Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ di sisinya.
Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini.
Artikel asal disiarkan di Gempak.