BTS suarakan sokongan terhadap anak muda

Agensi
September 19, 2020 23:55 MYT
Berucap pada upacara yang diadakan di bangunan presiden, kesemua tujuh ahli kumpulan itu mengambil bahagian menyuarakan sokongan mereka sebagai wakil anak muda. - Gambar REUTERS
Kumpulan K-pop terkenal, BTS menzahirkan sokongan mereka terhadap anak muda sempena sambutan Hari Belia di Korea Selatan yang julung kali diadakan.
Berucap pada upacara yang diadakan di bangunan presiden, kesemua tujuh ahli kumpulan itu mengambil bahagian menyuarakan sokongan mereka sebagai wakil anak muda.
“Kami tidak mengatakan ini adalah cara yang betul atau langkah yang tepat, ini adalah perkara menakjubkan atau ini adalah jawapannya.
“Anak muda di republik Korea adalah yang terbaik dan bersemangat. Kami akan sentiasa melindungi anak muda agar kebahagian dan musibah tidak mengawal kehidupan anda sepenuhnya seperti yang BTS lakukan sepanjang 2020.
“Kami akan sentiasa mendorong dan menyokong anda untuk terus maju ke hadapan,” jelas Jin.
Sebelum ini, kumpulan tersebut menerusi lagu berbahasa Inggeris pertama mereka, Dynamite berjaya menduduki carta muzik teratas di Amerika Syarikat.
Ia sekali gus menjadikan BTS kumpulan korea pertama yang merekodkan pencapaian itu.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in turut menyuarakan sokongan beliau kepada anak muda terutama ketika pandemik COVID-19 melanda negara itu.
#anak muda #BTS #hari belia #K-pop #Korea Selatan #Korea Utara #koronavirus #pandemik #presiden
;