BTS rampas takhta Adele di iTunes

Asyraf Roslan
Julai 7, 2020 21:29 MYT
Black Swan merupakan sebahagian daripada lagu dalam album Map Of The Soul: 7 yang turut memuatkan lagu seperti On, Make it Right dan juga lagu duet bersama Halsey, Boy with Luv.
SEKALI lagi BTS mencipta sejarah.
Mana tidaknya, rekod yang dipegang oleh Adele selama lima tahun di lebih 102 buah negara menerusi lagu Hello akhirnya dirampas oleh kumpulan K-Pop itu menerusi lagu Black Swan.
Sudah tentu berita ini menggembirakan peminat setia BTS, atau lebih dikenali sebagai Army.
BTS berjaya menduduki tangga pertama iTunes menerusi lagu Black Swan di lebih 103 buah negara antaranya Brunei, India, Thailand, Singapura dan Malaysia.

.@BTS_twt 'BLACK SWAN' has set a new record for reaching #1's iTunes Songs Chart in total 103 Regions, surpassing Adele 'HELLO' (102 #1's). Congratulations BTS!!! pic.twitter.com/r1G88EUaMR

— BTS WORLDWIDE (@btsworldwider) July 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Black Swan merupakan sebahagian daripada lagu dalam album Map Of The Soul: 7 yang turut memuatkan lagu seperti On, Make it Right dan juga lagu duet bersama Halsey, Boy with Luv.
Map Of The Soul:7 merupakan album ulang tahun ketujuh untuk kumpulan yang dibarisi oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook
Tahniah buat BTS dan Army di seluruh dunia!
#Adele #Black Swan #BTS #Hello #iTunes #Jungkook #Malaysia #Map Of The Soul
;