BTS peraga koleksi terbaharu LV
Astro Awani
Julai 8, 2021 09:21 MYT
Julai 8, 2021 09:21 MYT
MEGASTAR K-pop, BTS memperagakan koleksi terbaharu Louis Vuitton pada Rabu di Seoul.
Tujuh ahli kumpulan berkenaan adalah antara model yang memperaga pakaian rekaan Virgil Abloh di Pusat Seni dan Budaya Art Bunker B-39, di Seoul.
Koleksi ini menampilkan padanan suit kelabu, hitam dan merah dengan warna terang yang menambahkan rasa dinamik kepada rekaan.
Video untuk persembahan koleksi terkini ini di arahkan oleh Jeon Go-woon.
BTS sebelum ini pernah disenarai dalam senarai paling bergaya tahunan Vanity Fair 2019.