BTS pecah rekod jualan album tertinggi pada hari pertama

Isabelle Leong
Februari 27, 2020 07:00 MYT
Album "Map of the Soul: 7" dilapor memecah rekod tersebut dalam masa beberapa jam sahaja selepas diterbitkan pada 21 Februari lalu dengan 2.653 juta salinan. -Gambar fail
BELUM pun seminggu, album terbaharu kumpulan K-pop terkemuka BTS sudah memecah rekod jualan mingguan tertinggi pada hari pertama.
Malah, album Map of the Soul: 7 dilaporkan memecah rekod tersebut dalam masa beberapa jam sahaja selepas diterbitkan pada 21 Februari lalu dengan 2.653 juta salinan.
Jumlah tersebut cukup untuk mencatatkan rekod baharu bagi jualan tertinggi dalam satu hari serta jualan tertinggi dalam seminggu bagi sebuah album.
Sebelum ini, BTS sudah memegang rekod untuk jualan album paling mengagumkan yang dicapai pada minggu pertama menerusi album berjudul Map of the Soul: Persona.
Album tersebut berjaya mencatat jualan 2.13 juta salinan dalam tempoh tujuh hari pertama diterbitkan.
BACA: 20,000 muat naik video BTS #OnChallenge selepas sejam dilancar
BACA: BTS bakal lancar single terbaharu di aplikasi TikTok
Pada Jumaat, buah tangan terbaharu BTS mencipta satu lagi rekod baharu dalam sejarah Korea Selatan setelah berjaya mencatat jualan 3.378 juta album dalam tempoh seminggu.

HIGHEST 1ST WEEK SALES ON HANTEO 1. #BTS "MAP OF THE SOUL: 7" 3,378,633 copies pic.twitter.com/th2p1AWFpR

— HANTEO SALES (@hanteosales_twt) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#BTS #Korea Selatan #K-pop #ARMY #Map of the Soul Persona #jualan album terbesar #Hanteo #Map of the Soul 7
;