BTS lancar permainan simulasi 'BTS World', ARMY kongsi reaksi di Twitter
Amirah Shariffudin
Jun 27, 2019 07:41 MYT
Jun 27, 2019 07:41 MYT
PERMAINAN video kumpulan K-pop terkemuka, BTS telah dilancarkan pada Rabu dan ianya pantas trending di laman sosial Twitter.
Berikutan pelancaran tersebut, #BTS 월드 menjadi hashtag paling popular di Twitter di beberapa negara.
Peminat yang sudah bermain BTS World turut berkongsi di Twitter reaksi mereka ketika bermain permainan tersebut.
BTS World, yang dibangunkan oleh syarikat permainan mudah alih terbesar di Korea Selatan, Netmarble, adalah permainan bercerita interaktif di mana pemain mengambil alih sebagai pengurus BTS dan berusaha untuk mengembangkan kerjaya kumpulan tersebut.
Pemain juga akan mendapat akses kepada foto dan video eksklusif sepanjang perbualan bersama ahli-ahli kumpulan itu.
Dalam pada itu, peminat boleh bermain versi mini BTS World di laman web Netmarble, di mana tujuannya adalah untuk mencari tempat tinggal yang sesuai bagi kumpulan tersebut sambil mengikut kehendak semua tujuh anggota.
Permainan ini adalah perkembangan terbaru dalam peningkatan BTS kepada kemasyhuran tahap global. Adakah anda akan bermain?