BTS lancar cabaran 'Permission to Dance' di YouTube
Astro Awani
Julai 21, 2021 13:51 MYT
Julai 21, 2021 13:51 MYT
IKON pop abad ke-21 dari Korea Selatan, kumpulan BTS dan gergasi sosial media YouTube mengumumkan pelancaran cabaran Permission to Dance yang akan bermula pada 23 Julai sehingga 14 Ogos ini, eksklusif di YouTube Shorts.
Ia adalah sempena pelancaran single terbaharu mereka, Permission to Dance.
Peminat boleh menggunakan kreativiti mereka untuk memuat naik klip YouTube Short berdurasi 15 saat terus ke aplikasi mudah alih YouTube dan mengambil inspirasi pergerakan tarian dari video muzik Permission to Dance.
Gerak tari yang dilakukan oleh kumpulan ini membawa maksud keamanan, tarian, dan kegembiraan, manakala lirik Permission to Dance pula menggalakkan pendengar bertindak mengikut gerak hati.
“Permission to Dance adalah sebuah lagu yang akan memberikan peluang kepada semua untuk bergerak dan menari. Kami juga berkolaborasi dengan YouTube Shorts untuk cabaran Permission to Dance,” kata BTS.
BTS akan memilih beberapa Shorts kegemaran mereka dan memasukkannya dalam sebuah video kompilasi, oleh itu peserta digalakkan untuk menggunakan tanda pagar #PermissiontoDance dan #Shorts untuk membolehkan video mereka dipertimbangkan.
“Sumbangan besar BTS kepada dunia muzik membuatkan pengaruh mereka tidak dapat dinafikan sesiapa.
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam cabaran Permission to Dance di YouTube Shorts, sekaligus membantu untuk meyebarkan kegembiraan dan membina hubungan yang berpanjangan dalam kalangan peminat mereka di YouTube," kata Ketua Muzik Global YouTube, Lyor Cohen.
Video muzik rasmi Permission to Dance setakat ini telah menerima lebih 170 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan dua minggu lalu dan lagu itu sedang menduduki tangga teratas carta Billboard 100 di Amerika Syarikat selepas menyingkirkan lagu mereka sendiri iaitu Butter.
Butter sebelum itu telah mengungguli carta terbabit selama 7 minggu berturut-turut.
BTS merupakan salah satu daripada lima artis yang paling banyak ditonton di YouTube dengan meraih lebih 10 bilion tontonan.
Dengan 54 juta pelanggan di saluran rasmi mereka, BTS merupakan artis ketiga dengan subscribers tertinggi di YouTube.
Jadi ARMY, adakah anda bersedia untuk menari?
#Permission to Dance
#YouTube
#YouTube Shorts
#BTS
#Single
#billboard
#butter
#Jimin
#V
#RM
#Suga
#Jin
#Jungkook
#J Hope
#K-pop
#Permission To Dance Challenge