BTS, IU, Stray Kids bakal meriahkan 36th Golden Disc Awards
Astro Awani
Januari 8, 2022 12:30 MYT
Januari 8, 2022 12:30 MYT
KUALA LUMPUR: Kemasyhuran dan kegemilangan budaya popular Korea atau K-pop seperti yang umum sedia maklum sudah menawan peminat di seluruh pelosok dunia.
Budaya K-pop sudah menjadi komoditi besar buat negara pengeluarnya dan kerana populariti yang masih belum pudar itu, maka penggiat muziknya terus meraikan kemasyhuran itu menerusi majlis berprestij, Golden Disc Awards (GDA).
Untuk edisi ke-36 yang bakal berlangsung hari ini, 36th Golden Disc Awards akan menghimpunkan ramai barisan idola Korea terhangat termasuk BTS, IU, Stray Kids, Tomorrow x Together, SEVENTEEN, ENHYPEN, aespa, The Boyz dan Oh My Girl.
Sementara itu, bintang-bintang yang tercalon dalam anugerah ini antaranya ialah BTS, (G) I-DLE, BlackPink’s Rose, SHINee, ITZY, Taeyeon, TWICE, HyunA, 2PM, EXO’s D.O, SEVENTEEN, Super Junior, ASTRO dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan sejumlah artis baharu yang turut mencipta fenomena juga memasuki senarai calon anugerah antaranya aespa, EPEX, Jo YuRi, MIRAE, OMEGA X serta ramai lagi.
Acara 36th Golden Disc Awards akan disiarkan secara langsung mulai pukul 2 petang ini secara eksklusif di Astro GO.
Selain itu, pelanggan Astro berpeluang meneka siapakah pemenang bagi kategori ‘Digital Song Division’, ‘Digital Song of The Year’, ‘Best Songs’, ‘Album Division’, ‘Album of the Year’, ‘Best Albums’ serta tiga lagi kategori, ‘Special Awards’, ‘Rookie Artist of the Year’ dan ‘Popular Vote Awards’.
Pesta 36th Golden Disc Awards akan dihos oleh personaliti hiburan masyhur Korea iaitu Lee Seung Gi, Lee Da Hee dan Sung Si Kyung.
Sebarang maklumat lanjut mengenai acara ini sila layari content.astro.com.my