BTS, IU dan Aespa ungguli 36th Golden Disc Awards

Astro Awani
Januari 8, 2022 20:30 MYT
BTS bawa pula empat trofi di 36th BTS Golden Disc Awards. - Twitter/@Kpop_Herald
EDISI ke-36 Golden Disc Awards yang berlangsung hari ini menyaksikan BTS, IU dan Aespa mengungguli beberapa kategori.
BTS membawa pula empat trofi iaitu Best Album (Bonsang) untuk 'BE', Best Digital Song (Bonsang) untuk Butter, Most Popular Artist dan Best Album (Daesang).
IU pula membawa pulang tiga trofi iaitu Digital Daesang (Song of the Year), Digital Song Bonsang, dan Album Bonsang.
Turut cemerlang adalah kuartet wanita Aespa, yang membawa pulang empat trofi iaitu Artist of the Year, Digital Song Bonsang, Rookie Artist of the Year, dan Cosmopolitan Artist Award.
Acara penganugerahan itu dihoskan gandingan trio pengacara hebat iaitu Lee Seung-gi, Lee Da-hee dan Sung Si-kyung, disiarkan secara langsung menerusi saluran JTBC di Korea Selatan.
Di Malaysia, ia dapat disaksikan di platform Astro GO.
Ia turut dimeriahkan dengan persembahan oleh STAYC, Stray Kids, The Boyz, Heize, ENHYPEN selain IU dan Aespa sendiri.
BTS yang kini dalam tempoh rehat sementara, mendedahkan rakaman eksklusif konsert di Los Angeles buat kali pertama di kaca televisyen, sebagai sebahagian daripada persembahan.
#Golden Disc Awards #Korea Selatan #anugerah #BTS #aespa #IU
;