BTS hampir dibubarkan, mujur ada ARMY terus beri sokongan
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 16, 2018 12:58 MYT
Disember 16, 2018 12:58 MYT
KUMPULAN K-Pop popular, BTS terima anugerah utama pada Mnet Asian Music Awards atau lebih dikenali sebagai MAMA yang berlangsung di Hong Kong.
Bukan sahaja terima anugerah artis dan album terbaik, malah kumpulan tujuh jejaka tampan yang tercalon dalam 10 kategori itu berjaya membawa pulang kesemuanya.
Apa yang lebih menarik perhatian peminat fanatik mereka, atau yang digelar ARMY itu, adalah pada ucapan kumpulan tersebut sewaktu menerima anugerah utama.
Salah seorang ahli kumpulannya, Jin mendedahkan kumpulan berkenaan nyaris dibubarkan awal tahun ini.
Memetik laporan Allkpop.com, Jin turut mendedahkan perbincangan tersebut mula diperkatakan kerana mereka keletihan mental dan fizikal serta tekanan yang memuncak untuk menempa nama dalam industri K-Pop.
Bagaimanapun, kata seorang lagi ahli kumpulan itu, Jimin, mereka akhirnya bertahan dengan sokongan ibu bapa, rakan-rakan rapat dan ARMY yang tidak putus beri dorongan.
ARMY ternyata berbangga dengan pencapaian kumpulan ini yang kini sudah menempa nama dalam industri muzik global.