BTS gegar Singapura esok, ARMY adakah anda sudah bersedia?

Afiq Ariffin
Januari 18, 2019 07:54 MYT
KONSERT jelajah 'Love Yourself' itu bakal menggegarkan pentas yang bertempat di Stadium Nasional Singapura sekaligus membuka tirai pementasan mereka untuk tahun 2019. -https://www.sportshub.com.sg
Peminat tegar K-pop terutamanya ARMY (nama fandom BTS) semestinya sudah sedia maklum dengan konsert BTS yang akan berlangsung di Singapura esok.
Konsert jelajah “Love Yourself” itu bakal menggegarkan pentas yang bertempat di Stadium Nasional Singapura sekali gus membuka tirai pementasan mereka untuk tahun 2019.
Beberapa jam lalu, kesemua anggota kumpulan itu telah pun bertolak ke Singapura menaiki jet peribadi.

pic.twitter.com/rgOVEo6t8x

— (@BTS_twt) January 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

[VÍDEO] @BTS_twt arribant a l'aeroport de Gimpo de camí a Singapur amb el seu jet privat. ©SooChoiFolder pic.twitter.com/NCPIui9o7g

— BTS Lleida (@BtsLleida) January 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata kebanyakan ARMY dari beberapa negara meluahkan rasa teruja mereka di laman sosial Twitter dan tidak sabar untuk menonton kumpulan pujaan mereka secara live.

Bye Jakarta! Singapore here we go! I spotted soooooo many Indonesian ARMY that boarding on the same flight with me @BTS_twt See u later @captureunicornn #BTS #btsinsg #LOVEYOURSELFSG #Singapore pic.twitter.com/lMF9dVVovn

— clara (@loveyourselfcl) January 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Have a safe flight @BTS_twt do the best for the concert.. love you guys from Malaysia's ARMY #JeonJungkook

— Lee Haneul (@SNorhazni) January 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Have fun is Singapore guys...#Army Malaysia will wait patiently you boys look so much better today. Enjoy the concert #ARMY Singapore #LOVEYOURSELFSG

— HOPEFULS (@manis_amin) January 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

You guys who attend the concert so lucky . Good luck and hv fun Army

— I BTS (@LilyWan40412153) January 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi pemerhatian wartawan Astro AWANI, tiket-tiket konsert yang bermula dari harga RM267 hingga RM1,055 itu telahpun habis dijual dibeli oleh ARMY dari Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Sebelum ini, ada yang melaporkan bahawa terdapat pihak yang mengambil kesempatan menjual tiket konsert tersebut pada harga yang tinggi sehingga mencecah RM 28,000 sekeping.
Konsert BTS ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Singapura yang boleh memuatkan 55,000 penonton.
Malaysia juga difahamkan akan menjadi negara yang akan dikunjungi oleh kumpulan yang sangat masyhur dengan lagu Idol.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hujung Disember lalu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan BTS untuk membawa mereka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur,
BACA: Konsert BTS: 'Insya-Allah we will seal the deal' - Syed Saddiq
BACA: Harga tiket RM28,000 sekeping untuk tonton BTS di Singapura
BACA: Konsert Love Yourself: Demi BTS, peminat sanggup belanja RM2,000 sehari
Bagi peminat tegar BTS dari Pulau Pinang, Ilham Zhari, 21, dengan ditemani dua rakannya, dia sanggup berbelanja lebih RM1,000 semata-mata untuk menonton konsert kumpulan pujaannya itu di Singapura.
"Kami baru sahaja sampai Singapura dan datang ke melawat sendiri kawasan di sekitar stadium untuk dijadikan tempat pertemuan dengan rakan ARMY yang lain," kata Ilham kepada Channel News Asia.
Kata Ilham, ini merupakan kali kedua dia ke Singapura dan tidak kisah mengeluarkan wang poket RM1,000 untuk membeli tiket konsert jelajah 'Love Yourself' BTS di negara jiran itu.
"Ramai lagi rakan kami yang akan datang ke sini dan kami merancang untuk berkumpul di sini pada jam 6 pagi hari Sabtu," kata rakannya pula, Asnah Ismail, 21 yang berasal dari Johor.
Ilham, Asnah dan seorang lagi rakannya Wan Nur Iffahana akan menyertai ribuan yang lain untuk menyaksikan sendiri persembahan kumpulan K-pop kesayangan kesayangan mereka.
Jadi ARMY lain di Malaysia, bagaimana pula dengan anda?
Apakah anda sedang membuat ‘countdown’ untuk melihat bias-bias anda secara ‘live’ di Singapura?
#BTS #K-pop #konsert #Korea Selatan #Singapura #tiket