BTS enggan kongsi pentas lagi, mahu buat persembahan solo di Grammy

Isabelle Leong
September 2, 2020 21:34 MYT
Jejaka-jejaka tampan tersebut juga dijadualkan untuk beraksi di pentas Americas Got Talent pada 16 September dan iHeartRadio Music Festival pada 18 September ini. - Facebook / B.T.S 7 Map of the soul
BIARPUN rekod demi rekod sudah dipecahkan, kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS tidak mahu selesa dengan kejayaan yang dicipta.
Nyata BTS tidak berhenti menggapai impian kerana kini, septet berkenaan mempunyai matlamat untuk membuat persembahan solo di Anugerah Grammy pada masa hadapan.
Penyanyi rap, Suga, dalam satu sidang media dalam talian pada Rabu berkata biarpun pernah mengadakan persembahan di pentas Grammy sebelum ini, mereka menyimpan hasrat untuk membuat persembahan solo.
“Kami pernah tampil di pentas Anugerah Grammy dalam satu persembahan kolaborasi tetapi kali ini, saya ingin supaya BTS dapat membuat persembahan solo pula.
“Saya mahu menyanyikan lagu kami di pentas Grammy,” jelas Suga.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai matlamat kumpulan K-Pop terkemuka tersebut selepas memecah rekod dunia dengan menjadi kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas carta Billboard Hot 100 menerusi 'Dynamite'.
BACA: MV 'Dynamite' BTS meletup! Raih 10 juta tontonan dalam 21 minit
Sebelum ini, BTS pernah bergandingan dengan penyanyi terkenal, Lil Nas X menerusi lagu Old Town Road di pentas Anugerah Grammy 2020.
Sementara itu, penyanyi vokal BTS, Jin berkata septet tersebut tidak akan wujud sekiranya peminat mereka, ARMY, tidak wujud.
“Bagi kami, ARMY ialah orang yang kami ingin sampaikan berita baik dan menyembunyi khabar sedih kami.
“Kami hanya ingin menunjukkan dan berkongsi sisi baik kami kepada mereka.
“Kami wujud kerana ARMY ada,” luah Jin apabila diajukan soalan apakah makna peminat mereka kepada BTS.
Pada sidang media yang sama, vokalis Jimin pula berharap agar dapat menenangkan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
“Ramai yang bekerja keras dan membantu memerangi virus COVID-19.
“Saya rasa ia merupakan tugas kami untuk menceriakan mereka serta membuat mereka berasa bertenaga.
“Untuk mejadikannya kenyataan, itulah matlamat kami,” ujar Jimin pada sidang media maya berkenaan.
Jejaka-jejaka tampan tersebut juga dijadualkan untuk beraksi di pentas America’s Got Talent pada 16 September dan iHeartRadio Music Festival pada 18 September ini.
BACA: BTS dijemput persembahkan 'Dynamite' di Perhimpunan Kesihatan Sedunia

Who's ready to dance? @BTS_twt is coming to the #AGT stage! pic.twitter.com/kF1jcgngaD

— America's Got Talent (@AGT) September 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The two-day virtual mega-concert will feature performances from @BTS_twt, @coldplay, @MileyCyrus and more! #iHeartFestival https://t.co/EEN5MxOZHY

— iHeartRadio (@iHeartRadio) July 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nampak gayanya, RM, Suga, J-Hope, Jungkook, Jimin, Jin dan V tidak akan berhenti membawakan hiburan dan kegembiraan kepada rata-rata ARMY di seantero dunia.
Adakah ARMY teruja untuk melihat perjalanan kerjaya idola-idola kegemaran mereka pada masa hadapan?
Kongsikan keterujaan anda bersama kami!
#Anugerah Grammy #ARMY #BTS #K-pop #Korea Selatan #pentas #persembahan solo
;