BTS dijemput persembahkan 'Dynamite' di Perhimpunan Kesihatan Sedunia
Isabelle Leong
Ogos 24, 2020 15:24 MYT
Ogos 24, 2020 15:24 MYT
KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menjemput kumpulan tersohor K-Pop BTS ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) yang seterusnya.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya, Dr Tedros menjemput septet tersebut untuk mempersembahkan lagu hit baharu mereka Dynamite di perhimpunan tahunan berkenaan.
“Saya tahu semua ARMY (nama fandom BTS) yang mengatakan anda ingin melihat lebih banyak gabungan antara kesihatan awam dan BTS.
“Saya dengan besar hati menjemput BTS untuk membawa Dynamite ke WHA yang seterusnya,” katanya dalam entri tersebut.
Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan sensasi Korea Selatan itu kerana mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari menerusi lagu Dynamite.
Untuk rekod, ini bukannya kali pertama Dr Tedros mempelawa BTS untuk bergabung tenaga dengan pertubuhan antarabangsa tersebut.
Pada March lalu, beliau mencalonkan BTS untuk menyertai kempen “Safe Hands Challenge” yang mana menyarankan orang ramai untuk cuci tangan dengan kerap bagi memutuskan rantaian COVID-19.
WHO melancarkan cabaran tersebut pada 13 Mac dengan video yang menerangkan cara untuk mencuci tangan dengan sabun.
Biarpun BTS belum membalas tweet Dr Tedros, pastinya rata-rata ARMY teruja untuk melihat WHO dan BTS di satu pentas!
Kongsikan keterujaan anda bersama-sam kami!