BTS cipta sejarah tercalon dalam Grammy 2021
Isabelle Leong
November 25, 2020 12:22 MYT
November 25, 2020 12:22 MYT
LIGHT it up like dynamite!
BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan Korea Selatan pertama dicalonkan untuk Anugerah Grammy.
Kumpulan sensasi Korea Selatan itu tercalon dalam kategori Duo Pop Terbaik/Persembahan Berkumpulan menerusi lagu "Dynamite".
Menerusi satu video yang dikongsi di akaun Twitter rasmi mereka, RM bersama Jimin, Jungkook dan V dilihat bersorak gembira apabila mendapat tahu berita tersebut.
Sementara itu, tanda pagar ‘Congratulations BTS’ dan ‘Grammy Nominated BTS’ mula trending di laman Twitter.
Rata-rata ARMY (nama fandom BTS) membanjiri pelbagai platform media sosial dengan ucapan tahniah kepada idola kesayangan mereka itu.
BTS akan ‘berentap’ dengan artis antarabangsa lain dalam kategori sama, antaranya J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny/Tainy, Justin Bieber/Quavo, Lady Gaga, Ariana Grande dan Taylor Swift/Bon Iver.
Anugerah berprestij itu akan diadakan pada 31 Januari depan dan diacarakan hos terkenal Trevor Noah.
#BTS
#Grammy Awards
#calon
#K-pop
#Justin Bieber
#Taylor Swift
#Lady Gaga
#Korea Selatan
#Dynamite
#Trevor Noah