BTS cipta sejarah, artis Korea pertama tampil di Billboard Music Awards
Nurul Faiqah
Mei 21, 2018 16:44 MYT
Mei 21, 2018 16:44 MYT
Kumpulan penyanyi lelaki popular Korea, BTS berjaya menjadi satu-satunya artis kumpulan Korea pertama yang dijemput untuk mengadakan persembahan di anugerah berprestij BBMAs.
Mereka telah menyampaikan lagu “Fake Love”, yang juga merupakan trek utama dari album BTS sendiri, Love Yourself: Tears.
Persembahan itu disambut tepukan gemuruh dari penonton apabila menampilkan kehebatan vokal dan gaya koreografi mereka yang memukau.
Lebih istimewa, lagu tersebut belum pernah dipersembahkan secara langsung di mana-mana program muzik sebelum ini.
Video muzik untuk lagu ini telah mencipta rekod sebaik sahaja mendapat tontonan lebih 40 juta seawal 24 jam pertama di YouTube.
BTS juga telah memenangi anugerah Top Social Artist Award dua tahun berturut-turut di dalam acara sama dan mengalahkan Justin Bieber dan Ariana Grande.
Terdahulu , undian telah dijalankan di laman media sosial antaranya di twitter melalui hashtag #IVoteBTSBBMAs
#BBMAs
#Biilboard Music Award 2018
#Billboard Music Award
#BTS
#entertainment
#hiburan
#Kpop
#muzik
#Twitter
#YouTube