BTS bakal beraksi di Hollywood, #BTSxAMAs trending dunia
Gempak
November 7, 2017 07:23 MYT
November 7, 2017 07:23 MYT
IMPIAN peminat kumpulan K-Pop terkenal BTS untuk melihat mereka beraksi di Hollywood tercapai.
BTS bakal mengadakan persembahan sulung mereka menerusi majlis America Music Awards (AMA 2017) yang akan berlangsung di Los Angeles pada 19 November ini.
Menurut laporan Forbes, BTS akan mempersembahankan lagu terbaru mereka berjudul DNA.
“Ini merupakan satu penghormatan besar kepada BTS dan juga BigHit Entertainment kerana di jemput membuat persembahan untuk majlis berprestij, American Music Award.
“Kami juga berasa teruja untuk menunjukkan persembahan yang terbaik kepada peminat kami, Army ketika menyampaikan lagu DNA secara langsung di U.S,” kata wakil pihak pengurusan BTS, BigHit Entertainment.
DNA telah tersenarai dalam carta Billboard 100 dan menduduki tangga ke 67.
Dalam pada itu, hashtag #BTSxAMAs menjadi trending sejak beberapa hari lalu selepas sahaja peminat mendapat tahu mengenai berita tersebut.
Menerusi hashtag itu, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat tarian dan persembahan hebat kumpulan tersebut.
BTS yang dianggotai oleh Rap Monster, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini merupakan antara kumpulan K-Pop paling terkenal di seluruh dunia.
Selain BTS, beberapa lagi nama besar akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Christina Aguilera, Selena Gomez dan penyanyi legenda, Diana Ross.
Terdahulu, BTS mencipta sejarah tersendiri apabila album mereka berjudul Wings berjaya tersenarai dalam carta Billboard 200 tahun lalu.
BTS juga pernah menerima trofi Top Social Award pada Anugerah Billboard 2017.
Foto: Dispatch
Sumber: Forbes, Allkpop