BTS anjur konsert 'Permission to Dance on Stage' pada Ahad
Astro Awani
Oktober 23, 2021 12:02 MYT
Oktober 23, 2021 12:02 MYT
Kumpulan K-pop popular, BTS bakal mengadakan konsert dalam talian, “BTS Permission to Dance on Stage” hujung minggu ini yang akan menampilkan teknologi terkini.
Menurut agensi pengurusan kumpulan itu Big Hit Music, konsert tersebut akan disiarkan secara langsung dari stadium tempatan pada Ahad, jam 6.30 petang waktu tempatan (5.30pm waktu Malaysia).
Ini adalah konsert dalam talian global pertama BTS dalam tempoh kira-kira setahun.
Acara kali ini dirancang untuk memberikan peminat berasa seolah-olah berada di konsert secara langsung.
Sebelum ini, BTS merancang untuk mengadakan siri jelajah dunia menerusi “BTS Map of the Soul Tour”, namun terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
Selain konsert dalam talian, BTS juga merancang mengadakan konsert secara langsung di Los Angeles.
Konsert ‘BTS Permission to Dance on Stage-LA’ akan diadakan di Stadium Sofi pada 27-28 November dan 1-2 Disember.
Semakan mendapati semua tiket telah habis dijual.