Brooklyn Beckham 'kantoi' bercumbu dengan model Playboy
Agensi
April 10, 2018 18:20 MYT
April 10, 2018 18:20 MYT
SATU lagi hubungan selebriti berakhir tahun ini iaitu pasangan Brooklyn Beckham dan Chloe Grace Moretz selepas Brooklyn dirakam bercium dengan seorang model Playboy, Lexi Wood.
Menurut laporan media antarabangsa, Brooklyn, 19 tahun, pergi ke sebuah kedai tatu terkenal di West Hollywood bersama Lexi, 20, Sabtu lalu di mana dia mengukir tatu seorang wanita di lengannya.
Anak sulung kepada pasangan David dan Victoria Beckham itu kali terakhir dilihat bersama Chloe, 21, beberapa minggu lepas dan ia membawa spekulasi mereka telah berpisah secara diam.
Kali terakhir Chloe dan Brooklyn dilihat berinteraksi di media sosial pada Mac lalu di mana pelakon filem Kick-Ass itu memberi ucapan hari jadi kepada kekasihnya di Twitter.
"Saya memilih dia kerana kami memahami antara satu sama lain, sudah setahun berlalu seolah-olah saya tidak sedar masa itu berlalu dengan cepat dan itu adalah perkara paling penting bagi saya," Chloe dipetik berkata awal tahun ini.
Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan rasa marah dan kecewa di laman media sosial susulan kelakuan Brooklyn yang dianggap curang.
Selain Playboy, Lexi yang berasal dari Kanada juga seorang model untuk Vogue Japan, Cosmopolitan Russia dan Galore.