Brangelina bakal berkahwin Mei depan

Astro Awani
Mac 13, 2013 12:30 MYT
Pasangan popular Brad Pitt dan Angelina Jolie dijangka berkahwin pada Mei ini. Lesen yang dimohon pada akhir Februari lalu menandakan mereka mempunyai tempoh 90 hari untuk mengangkat ikrar perkahwinan.
Majlis tersebut bakal berlangsung di Perancis selepas Festival Filem Cannes.
Sumber rapat memberitahu pasangan itu kini dalam tempoh suntuk untuk membuat persiapan.
Jika benar Pitt memilih bulan Mei, secara kebetulan, majlis perkahwinan bekas isterinya, Jennifer Aniston juga jatuh pada bulan yang sama.
Ini sekaligus mengecewakan tunang Aniston iaitu Justin Theroux yang selama ini merancang untuk menghadiri hari bahagia Pitt dan Jolie.
Malah, keadaan itu juga akan mencetuskan masalah besar buat senarai selebriti yang dijemput kedua-dua belah pasangan.
Jika Pitt dan Jolie memilih rumah agam bernilai 35 juta pound sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka, Aniston dan Theroux pula merancang berkahwin di persisiran pantai Hawaii.
#Angelina Jolie #Brad Pitt #Jennifer Aniston
;