'Bos Susu' sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang
Hasimi Muhamad
Disember 28, 2019 07:32 MYT
Disember 28, 2019 07:32 MYT
Kemunculan sulung Farm Fresh Sdn Bhd sebagai penaja konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) nampaknya menerima reaksi positif dalam kalangan penonton program realiti nyanyian itu.
Kebanyakan mereka mengharapkan syarikat tenusu terkemuka negara itu kembali menaja pada musim seterusnya.
Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azmi Zainal berkata Farm Fresh berbesar hati dan bersedia untuk menaja Gegar Vaganza pada musim akan datang.
Katanya, konsep kongsi rezeki yang dibawa syarikat itu telah menyuntik kelainan pada musim keenam program itu.
“Farm Fresh dan saya, kami berbesar hati untuk menaja program realiti terbaik di Malaysia (Gegar Vaganza), dan kita bawakan nilai-nilai yang baik dalam konsert Gegar Vaganza.
“Jadi untuk tahun hadapan, InsyaAllah kita sedia (menaja) untuk satu tahun lagi dan kita tengok Farm Fresh dan Gegar Vaganza boleh pergi (memberi kesan) sejauh mana,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Ladang 16, di sini pada Sabtu.
Azmi atau mesra dikenali sebagai Bos Susu menerima pujian daripada netizen sepanjang konsert GV6 berlangsung.
Majoriti senang hati dengan perwatakan dan teknik pemasaran yang digunakan oleh penaja GV6 itu.
Dalam beberapa musim Gegar Vaganza sebelum ini, program pertandingan itu sering menerima tajaan daripada beberapa syarikat kosmetik dan kecantikan.
#Astro Awani
#Azmi Zainal
#bos susu
#Farm Fresh
#Gegar Vaganza
#Gegar Vaganza musim keenam
#GV6
#hady mirza
#konsert
#Naqiu Boboy
#Program Realiti
#syarikat tenusu
#Tajaan