Bom era Perang Dunia Ke-2 ditemui, sesi latihan Britain's Got Talent dihentikan

Madiha Abdullah
Mei 23, 2015 08:34 MYT
Bom era Hitler ditemui di kawasan latihan Britain's Got Talent.
Sesi latihan rancangan TV Britain's Got Talent pada Jumaat terpaksa dibatalkan apabila sebutir bom dari era Perang Dunia Kedua ditemui berdekatan tempat peserta membuat latihan.
Bom seberat 50kg yang masih boleh meletup itu, ditemui pekerja pembinaan di tempat letak kereta di Empire Way berdekatan Stadium Wembley.
Dua buah kawasan perumahan serta asrama pelajar berdekatan juga diminta agar dikosongkan.

A World War 2 bomb was found near wembley stadium. Everyone within 400 metres being evacuated. pic.twitter.com/YFe4Lit8r7

— ITANI (@LiquidSn4ke) May 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Suspected Second World War bomb found near Wembley Stadium http://t.co/h42gqGCaWh pic.twitter.com/mlxfpKfMjb

— Evening Standard (@standardnews) May 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan London Evening Standard menyatakan bom tersebut sudah selamat dimusnahkan di sebuah kawasan tertutup di Bedfordshire, dan peduduk terjejas telah dibenarkan pulang.

Wembley bomb: Second World War device destroyed in controlled explosion http://t.co/hkXtAGKkyv pic.twitter.com/xYfREXIFkO

— Evening Standard (@standardnews) May 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurucakap stesen TV yang menyiarkan rancangan berkenaan bagaimanapun belum dapat memberi kepastian sama ada pembatalan sesi latihan itu akan menjejaskan siaran secara langsung rancangan tersebut.
Manakala tiga perlawanan bola sepak yang dijadualkan berlangsung di stadium berkenaan hujung minggu ini disahkan tidak terjejas.
#Britain's Got Talent #entertainment
;