'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'

Gempak
Ogos 18, 2024 12:10 MYT
PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Macam Model
Menerusi video yang dikongsikan oleh netizen, dapat dilihat Zii Jia tampil di atas pentas dengan menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek.
Entri singkat yang dikongsikan di TikTok itu menerima reaksi positif warganet di mana rata-ratanya memuji dan terpukau dengan penampilan yang ditunjukkan oleh atlet negara tersebut.
"Handsome."
"Lee Zii Jia boleh jadi model kalau bersara main badminton."
"Perghh Jia catwalk."
Untuk rekod, sukan Olimpik Paris 2024 merupakan penampulan kedua buat Zii Jia, manakala debut pertamanya adalah pada sukan Olimpik Tokyo 2020. -Gempak
#Lee Zii Jia #model #badminton #bersara
;