Boikot FFM28: Netizen sokong pendirian Afdlin Shauki

Madiha Abdullah
Ogos 5, 2016 06:00 MYT
Penganjuran FFM tahun ini undang rasa tidak puas hati penggiat dan peminat seni perfileman.
HASRAT pelakon dan pengarah Afdlin Shauki untuk memboikot Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), mendapat sokongan netizen.
Dalam status di Facebook, kata Afdlin, dia berbuat demikian kerana berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pengiktirafan karya seni di FFM.
Afdlin turut mengirimkan ucapan selamat berjaya buat mereka yang bertanding.
Menerusi pemerhatian, rata-rata pengikut Afdlin merasakan ia tindakan yang patut diambil, susulan tindakan penganjur FFM28 yang membahagikan kategori Lakon Layar dan Pengarah Terbaik kepada dua kategori, iaitu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.
Kata mereka, sudah tiba masanya langkah drastik diambil, dan suara anak seni paling penting kerana FFM mempertaruhkan karya mereka.
BACA: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi
BACA: [UNDIAN] Perlukah pembikin filem diasingkan berdasarkan bahasa?
BACA: Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda setuju jika penggiat seni memboikot FFM tahun ini?
Sertai undian di bawah.
#Afdlin Shauki #Festival Filem Malaysia #FFM28 #filem