'Bob bawa saya berubat tradisional' - Syura pulih daripada penyakit misteri

Gempak
Mei 30, 2018 15:03 MYT
Syura Badron memberitahu dia kini sudah pulih daripada penyakit misteri yang dialaminya sejak tahun lepas.
BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron memberitahu dia kini sudah pulih daripada penyakit misteri yang dialaminya sejak tahun lepas.
Kata Syura, dia dibawa oleh Bob Yusof untuk berubat secara tradisional bagi memulihkan dirinya yang selalu berdepan dengan mimpi-mimpi pelik sebelum ini.
"Alhamdulillah, selepas Bob bawa saya berubat secara tradisional, tak ada perkara-perkara aneh berlaku lagi.
"Saya pun sudah tidak bermimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini. Cuma berat badan saya susut," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 Meriah Bersama di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengimbas kembali, Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri sekitar Disember tahun lalu ketika berada di Indonesia untuk merakamkan lagu baru.
Selain muntah berterusan, penyanyi lagu Bakawali itu mengalami sakit kepala teruk dan hilang suara.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syurabadron
#Bob Yusof #Gegar Vaganza 4 #GV4 #muntah berterusan #penyakit misteri #Syura Badron
;