Blinks! Siap sedia... BLACKPINK bakal buat 'comeback'

Asyraf Roslan
Mei 4, 2020 02:32 MYT
BLACKPINK selesai merakam lagu baharu mereka dan kini sedang merancang tarikh penggambaran video muzik mereka. -Instagram
BERITA baik buat semua Blinks... kumpulan yang popular dengan lagu DDU-DU DDU-DU ini dijangka kembali pada awal atau pertengahan Jun ini.
Fandom BLACKPINK seluruh dunia yang menantikan kemunculan semula kumpulan tersebut pasti tidak mahu melepaskan peluang itu selepas lagu hit mereka Kill This Love dilancarkan tahun lepas.
Menurut media antarabangsa, hal tersebut disahkan sendiri oleh pihak pengurusan YG Entertainment.
"Setelah semua perbincangan selesai, kami akan berkongsi perkara ini kepada peminat terlebih dahulu" kata YG Entertainment.
BLACKPINK selesai merakam lagu baharu mereka dan kini merancang tarikh penggambaran video muzik mereka.
Terdahulu, kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé, and Lisa juga akan berduet dengan penyanyi Lady Gaga dalam album keenam Gaga berjudul Chromatica menerusi lagu Sour Candy.
BACA : Bukan lagi mimpi, Blackpink sah berduet dengan Lady Gaga
Adakah anda bersedia untuk melihat kumpulan Kpop sensasi BLACKPINK kembali beraksi?
Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.
#BLACKPINK #Comeback #Kill This Love #Lady Gaga