#BLACKPINKinMY: Kecewa! Tidak dapat jumpa BLACKPINK gara-gara... - Blinks

Isabelle Leong
Februari 23, 2019 08:00 MYT
Kumpulan sensasi K-pop, BLACKPINK selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 10:18 malam. - Twitter/myofficialblink
Kecewa!
Itu luahan peminat kumpulan sensasi K-pop terkemuka BLACKPINK kerana tidak sempat berjumpa dengan idola mereka walaupun sudah lama menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Blink (nama fandom BLACKPINK), Norashikin Abu Bakar tiba sejak sekitar jam 7 petang pada Jumaat untuk menyambut ketibaan kuartet tersebut.
“Saya seorang jururawat di klinik pergigian. Sejurus selesai syif saya, saya bergegas ke KLIA.
“Saya menunggu di ‘special lounge’ kerana pengawal keselamatan berkata BLACKPINK memilih laluan ini.
“Tetapi akhirnya mereka lalu di laluan balai ketibaan dan bukannya ‘laluan VIP’. Saya sudah tunggu selama empat jam tetapi tidak dapat berjumpa dengan mereka,” luahnya ketika ditemui krew Astro AWANI yang turut berkampung di KLIA.

Editing some clips back at @501Awani . Before #BLACKPINKs arrival, #Blink @KikiynMuk decked in BLACKPINK jumper and a pink headscarf had high hopes to pass the souvenirs to the quartet However, hasratnya tidak kesampaian... pic.twitter.com/o2gjfQuayx

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) February 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Norashikin yang telah membawa anak patung untuk diberikan kepada setiap anggota BLACKPINK ternyata hampa kerana dia tidak akan dapat berjumpa dengan kumpulan tersebut sepanjang tempoh mereka berada di Kuala Lumpur.
“Saya tidak dapat hadir ke konsert mereka kerana saya perlu bekerja. Tiada rakan setugas yang boleh menggantikan tempat saya.
“Saya benar-benar ingin memberikan cenderamata ini kepada mereka tetapi agaknya hasrat saya tidak kesampaian,” tambahnya.
Sementara itu, suri rumah Azury Anuar pula telah menyiapkan segala kerja-kerja di rumahnya sebelum memulakan perjalanan ke KLIA.
“Saya menyusun jadual kerja di rumah dengan betul-betul dan siapkan kesemua kerja rumah dengan sempurna, baru saya dapat keluar rumah,” kata Azury.

Same goes to @vivizuri1 who drove approximately 43km just to meet her bias (#Jisoo) and #BLACKPINK girls. Im a housewife so I had to finish all my chores at home before starting my journey to #KLIA. I want to pass them my photos so they can keep them in their lockers. pic.twitter.com/FDMxg5biCm

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) February 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjadi Blink sejak mendengar lagu ‘Whistle’ kumpulan tersebut, Azury atau lebih mesra disapa Ayie berhasrat untuk memberikan gambarnya kepada BLACKPINK untuk disimpan di loker mereka.
“Saya ada bawa gambar untuk diberikan kepada mereka dan saya mahu mereka simpankan gambar ini di dalam loker mereka.


“Saya bersaiz kecil oleh itu saya dapat menyelit dan sebenarnya ingin memberikan gambar tersebut kepada Jisoo.
“Saya telah membelanjakan RM40 untuk kos perjalanan, tiket parkir, cuci gambar dan makanan tetapi terasa macam sia-sia. Saya sedih sangat tidak dapat berjumpa mereka,” katanya.
Kru Astro AWANI yang akan menghadiri konsert jelajah BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area) pada Sabtu akan cuba menunaikan hasrat mereka dengan meletakkan buah tangan mereka di reruai yang ditetapkan.
#BLACKPINK #BLACKPINK 2019 World Tour #BLACKPINKinMY #BLACKPINKinMYarea #Blinks #K-pop #kecewa #KLIA
;