#BLACKPINKinMY: Demi BLACKPINK, peminat sanggup belanja RM1,000 sehari

Isabelle Leong
Februari 23, 2019 08:10 MYT
Adakah Blinks Malaysia sedang membuat countdown untuk melihat bias-bias anda secara live?
Dalam dunia K-pop, terutamanya kepada Blinks (nama fandom BLACKPINK), hujung minggu ini hanya membawa satu maksud!
Kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK akan menggegarkan pentas Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad ini bermula jam 6 petang.

Memandangkan ia diadakan di Malaysia, pastinya Blinks tempatan tidak melepaskan peluang untuk menghadiri konsert jelajah 2019 World Tour itu.
Bagi peminat tegar BLACKPINK yang berasal dari Pulau Pinang, Barathraj Muniandy, dia memang sudah menanti-nantikan kedatangan BLACKPINK ke Malaysia sejak 2016 lagi.
BACA: BLACKPINK selamat tiba di Malaysia!
“Sebelum BLACKPINK membuat debut lagi, saya sudah menjadi peminat mereka.
“Sejurus selepas gambar ‘pre-debut’ mereka dikeluarkan, saya sudah tahu BLACKPINK ini memang lain daripada yang lain.
“Lagu ’Boombayah’ melekat di kepala saya dan saya mempengaruhi rakan-rakan saya yang lain untuk menjadi Blink.
“Kami amat tertarik dengan muzik video dan gerak tarian ‘Boombayah’. Kini kami mempunyai kumpulan tarian kami sendiri,” kata Barath.
Dia antara yang ditemui kru Astro AWANI yang berkampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menunggu ketibaan kumpulan sensasi K-pop tersebut.

RUN #Blinks RUN! @501Awani #BLACKPINKinMY #BLACKPINkinMYarea pic.twitter.com/DACrj01v5D

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) February 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Barath dan rakan-rakannya menaiki kapal terbang dari Pulau Mutiara ke ibu negara bagi menyambut ketibaan kuartet tersebut.
BACA: Ini 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai obsesi baharu anda, BLACKPINK!
“Kami menaiki kapal terbang pada jam 4 petang dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
“Setelah sampai ke klia2, kami berehat seketika. Kemudian, kami menaiki bas perkhidmatan ulang-alik percuma untuk ke KLIA dan sampai sekitar 6:30 petang.
“Ia amat memenatkan, namun ia sesuatu yang akan dilakukan hanya sekali seumur hidup,” tambahnya.

More of BLACKPINK at KLIA!#BLACKPINKinMY#INYOURAREAKualaLumpur pic.twitter.com/lHEnjfZ1zJ

— BLACKPINK MALAYSIA BLINK (@myofficialblink) February 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barath yang merancang untuk meluangkan masa sehari untuk menghadiri konsert BLACKPINK pada Sabtu menganggarkan perbelanjaannya akan mencecah RM1,000.
Blinks Malaysia yang lain pula bagaimana?
Adakah anda sedang membuat ‘countdown’ untuk melihat bias-bias anda secara ‘live’?
#BLACKPINKinMY #BLACKPINKinMYarea #Blinks #Boombayah #K-pop #konsert #peminat
;