Meletup!
Itu perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan konsert sulung kumpulan K-pop terkemuka BLACKPINK di pentas Malaysia pada Sabtu.
Konsert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur tersebut berjaya menawan hati 8,000 Blinks (nama fandom BLACKPINK) di Stadium Malawati, Shah Alam.
Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa bukan sahaja berjaya tampil dengan persembahan yang penuh bertenaga, mereka juga dapat mengekalkan vokal yang tinggi sepanjang konsert yang berlangsung selama satu jam setengah itu.
Membuka tirai persembahan kuartet tersebut adalah lagu terbaharu mereka iaitu 'Ddu-du Ddu-du' yang membuatkan peminat sungguh teruja!
Blinks kemudiannya dihiburkan dengan ‘Forever Young’, ‘Stay’ dan ‘Whistle’ sebelum idola kesayangan mereka membuat persembahan solo masing-masing.
Tidak dilupakan juga kolaborasi mereka bersama-sama penyanyi jelita British, Dua Lipa yang berjudul ‘Kiss and Make Up’.
Lagu yang menduduki tangga ke-36 pada ‘Official Singles Chart’ apabila dikeluarkan itu mendapat sambutan hangat daripada penonton.
BACA: #BLACKPINKinMY: Demi BLACKPINK, peminat sanggup belanja RM1,000 sehari
Namun, keadaan kecoh seketika apabila ‘kehilangan’ seorang anggota, Jennie, disedari.
Bagaimanapun, kekecohan berakhir apabila ‘rapper’ utama kumpulan tersebut membuat pemunculan semula di pentas.
Sepanjang konsert berlangsung, BLACKPINK bijak menggunakan ruang untuk berinteraksi bersama-sama peminat dan penonton, bukan sahaja yang berada di Zon Blink (zon di hadapan pentas), malah di seluruh stadium.
Di setiap ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk membolehkan penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert), keempat-empat anggota kumpulan sensasi Korea Selatan itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Blinks yang memberi sokongan dan meluangkan masa untuk menghadiri konsert mereka.
BACA: Ini 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai obsesi baharu anda, BLACKPINK!
Paling mencuit hati apabila ‘maknae’ (ahli paling muda), Lisa mencium Jisoo pada pipinya semasa lagu ‘Really’ dipersembahkan di mana terdapat lirik yang berbunyi ‘jika anda cium saya sekali, saya akan cium anda dua kali’.
Apabila lagu terakhir ‘ As If It’s Your Last’ selesai dinyanyikan dan kuartet itu tidak kelihatan di pentas, peminat mula bersorak ‘Encore’ kerana masih terdapat dua lagu kegemaran mereka yang ingin mereka dengarkan secara ‘live’.
Tidak lama kemudian, BLACKPINK muncul semula ke pentas dan menyampaikan lagu yang yang mencatat 679.4 juta tontonan setakat 24 Februari 2019 di YouTube, ‘Ddu-Du Ddu-Du’.
Sebelum melabuhkan tirai konsert hari pertama dengan lagu ‘Stay’, penyanyi vokalis, Rosé memuji kebolehan Blinks yang pandai bertutur dalam Bahasa Korea.
"Jom nyanyi bersama-sama. Walaupun ia adalah lagu dalam Bahasa Korea, saya pasti anda semua fasih bertutur dalam bahasa ini," katanya sebelum mempersembahkan lagu terakhir bersama-sama peminatnya.
Konsert yang cukup menghiburkan Blinks dengan persembahan hampir 20 lagu itu turut dijayakan band pengiring BLACKPINK.
Konsert anjuran syarikat MacpiePro itu bakal berlangsung untuk hari kedua, yang juga merupakan hari terakhir, pada hari ini (Ahad).
Isabelle Leong
Sun Feb 24 2019

Konsert yang cukup menghiburkan Blinks dengan persembahan hampir 20 lagu itu turut dijayakan band pengiring BLACKPINK. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Video muzik 'Rockstar' Lisa Blackpink didakwa ciplak Travis Scott
Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara 'diciplak' team Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih.

Lagu baharu Lisa BlackPink trending dengan 52 juta tontonan dalam 2 hari
Rockstar memperlihatkan kemampuan Lisa yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga dengan baik menerusi lagu yang diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee itu.

Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.

Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.

BLACKPINK jadi tetamu kehormat Istana Buckingham
Anggota BLACKPINK hadir ke majlis berkenaan dengan gaya tersendiri.

Ada sebab selebriti bergelut dengan masalah kesihatan mental - Rose BLACKPINK
Rose muncul dalam program kesedaran kesihatan mental yang dihoskan oleh wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden, pada Jumaat.

"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan.

BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.

Raih 90 juta 'subscriber' YouTube, BLACKPINK cipta sejarah lagi
BLACKPINK terus mencipta sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila menjadi artis pertama meraih jumlah 'subscriber' tertinggi di saluran YouTube.

Lagu 'Flower' Jisoo BLACKPINK paling laris di China
Anggota kumpulan BLACKPINK, Jisoo terus meraih perhatian ramai apabila lagu solonya berjudul Flower mencipta kejayaan demi kejayaan.