Blackpink muncul sebagai artis K-Pop pertama beraksi di British Summer Time
Faida Rahim
Oktober 22, 2022 12:07 MYT
Oktober 22, 2022 12:07 MYT
LONDON: Kumpulan Blackpink bakal menjadi artis K-Pop pertama yang bakal membuat persembahan di British Summer Time (BST) di Hyde Park, London.
Memetik laporan Soompi, peminat dijangka menyaksikan kumpulan yang terkenal dengan single Pink Venom itu naik ke pentas BST pada 2 Julai 2023.
Blackpink bakal menyertai barisan penyanyi popular dunia lain membuat persembahan di BST termasuk Bruce Springsteen dan E Street Band, Billy Joel, dan P!NK.
Konsert BST mendapat tajaan American Express yang mana pemegang kad American Express boleh mendapatkan tiket mereka menerusi pra-jualan khas bermula 21 Oktober ini pada jam 10 pagi manakala pembelian tiket awam bermula 27 Oktober depan.
Meninjau ruangan media sosial rasmi Blackpink, rata-rata peminat dari seluruh dunia tidak sabar untuk mendapatkan tiket ke BST bagi menonton persembahan mereka pada tarikh itu.