BLACKPINK Jennie tampil dengan imej baharu, sedia untuk 'Kill This Love'
Isabelle Leong
Mac 26, 2019 21:18 MYT
Mac 26, 2019 21:18 MYT
SELEPAS anggota kumpulan K-Pop terkemuka BLACKPINK, Lisa memuat naik gambarnya yang bersedia untuk ‘comeback’, ini giliran Jennie pula.
Sebagai tanda persiapan untuk ‘comeback’ dengan album baharu iaitu ‘Kill This Love’, ‘rapper’ utama tersebut memuat naik gambar teaser yang mendapat perhatian daripada Blinks (nama fandom BLACKPINK).
Jennie yang pada kebiasaannya hanya berambut hitam atau coklat gelap, membuat tampil dengan kelainan pada kali ini.
Rata-rata netizen serta Blinks memuji perubahan ‘360 darjah’ beliau dan ada juga yang berkata Jennie persis patung Barbie.
Penampilan imej baru ini nyata menandakan kuartet tersebut bersedia untuk melancarkan ‘Kill This Love’ pada 5 April ini.
Persoalannya, siapakah anggota seterusnya yang akan memuat naik gambar teaser?
Adakah ia Rose atau Jisoo dan apa perubahan yang akan dibawakan mereka untuk comeback yang dinanti-nantikan ini?