BLACKPINK 'comeback' hujung Mac, ringankan beban kewangan YG Entertainment?
Isabelle Leong
Mac 21, 2019 19:06 MYT
Mac 21, 2019 19:06 MYT
BERITA mengenai comeback atau penampilan semula kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK mendapat sambutan hangat daripada peminat tegar kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa itu.
Menurut laporan allkpop, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun Suk berkata kuartet tersebut bakal kebali dan melancarkan album mini pada hujung Mac ini.
BLACKPINK dijangka akan memecah rekod dengan penampilan semula ini memandangkan mereka konsisten dengan pencapaian di laman YouTube terutamanya dengan lagu hit mereka iaitu ‘Ddu-du-ddu-du’.
Berita gembira ini mungkin mampu meringankan beban YG Entertainment yang dibelenggui skandal seks susulan penglibatan bekas anggota Big Bang, Seungri.
Saham YG Entertainment merudum sebanyak 24.8 peratus sejak 25 Februari, selepas Seungri disoal siasat pihak polis tempatan yang membabitkan skandal seks termasuk kes dadah dan rasuah.
Susulan laporan Seungri didakwa memberi perkhidmatan seks di kelabnya (Burning Sun), saham YG Entertainment jatuh 14.1 peratus.
Pada hari yang sama, Seungri mengumumkan pesaraannya daripada dunia hiburan menerusi laman Instagram rasminya.
Saham syarikat gergasi K-Pop tersebut jatuh lagi 3.4 peratus pada 12 Mac.
Bagaimanapun, situasi yang dihadapi YG Entertainment ketika ini tidak menjejaskan aktiviti BLACKPINK.
Kuartet tersebut akan memulakan konsert jelajah di Amerika Utara pada 24 April di Amerika Utara.
Mereka juga akan menjadi kumpulan idola K-pop pertama yang akan muncul pada kedua-dua hujung minggu Coachella 2019.
Persoalannya, mampukah BLACKPINK membantu YG Entertainment menaikkan sahamnya kembali dengan comeback tersebut?
#BLACKPINK
#BLACKPINK buat comeback
#BLACKPINK comeback hujung Mac
#Comeback
#Seungri
#Skandal Seks
#Skandal seks K-Pop
#Yang Hyun Suk
#YG Entertainment