Black kecewa ditipu perancang perkahwinan
Astro Awani
Ogos 1, 2013 18:30 MYT
Ogos 1, 2013 18:30 MYT
Black mengakui rancangan perkahwinannya tergendala apabila ditipu sebanyak RM 30, 000.
Penyanyi itu sudah pun membuat laporan polis terhadap perancang perkahwinan tersebut dan berharap wangnya akan dikembalikan.
Black mengenali perancang perkahwinan itu menerusi kenalan dan memberikan deposit pada bulan Mei lalu.
Namun, sehingga Julai tiada sebarang progres berlaku yang membuatkan pihak pengurusannya mengambil alih tugas merancang.
Selepas bertemu dengan perancang perkahwinan tersebut pada 3 Julai lalu individu berkenaan berjanji untuk memulangkan baki RM 15,000.
Black bakal mengadakan sidang media selepas Hari Raya ini untuk mengumumkan tarikh, lokasi serta perincian lain tentang perkahwinannya.
Dia yang bertunang Januari lalu pada awalnya dijadualkan bernikah sekitar September.