BIZone Watch Party semarakkan suasana tontonan sukan di luar

Astro Awani
Januari 26, 2024 16:51 MYT
Safee Sali melayan karenah peminat untuk mengambil gambar bersama. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bagi menyemarakkan lagi suasana tontonan sukan di luar, AstroBIZ melalui penganjuran ‘BIZone Watch Party’ bakal menjelajah ke seluruh negara dalam mempromosikan pakej terbaharu BIZone.
Pengarah Kumpulan Pemasaran Astro, Norsiah Juriani Johari berkata ia merupakan satu strategi bagi meningkatkan taraf restoran atau kafe dengan adanya tontonan sukan yang berkualiti tinggi di samping selingan aktiviti menarik.
Menurutnya, BIZone Watch Party merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kehadiran orang ramai ke restoran atau F&B bagi menonton acara sukan utama.
“Kita baru melancarkan pakej BIZone, pakej ni adalah untuk restoran, mamak dan juga kafe bagi melengkapkan restoran mereka dengan hiburan dan juga sukan secara langsung.
“Kita juga ingin mewujudkan keterujaan di kalangan peminat sebagai contoh hari ini kita dihadiri saudara Safee Sali di mana inisiatif ini akan mendekatkan lagi personaliti sukan negara dengan masyarakat setempat sekali gus dapat memperkenalkan lagi restoran seperti Ali Food Corner agar pelanggan mampu menonton Liga Inggeris, perlawanan badminton dan Piala Euro yang akan datang,” katanya.
Tambahnya, pakej ini mampu memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton sukan kegemaran mereka secara sah tanpa perlu melayari laman sesawang haram.
Sementara itu, pemilik restoran Ali Food Corner, Mohd Ariffin yang telah melanggan pakej BIZone turut berpuas hati dengan kualiti siaran langsung dan pakej sukan yang pelbagai.
“Disebabkan pakej Astro BIZone ini menawarkan pakej sukan bola sepak, kita sudah pasti akan dapat ramai pelanggan yang datang dengan tujuan untuk menonton bola, dalam masa yang sama kita dapat melihat rakyat Malaysia bersatu hati untuk menyokong perlawanan bola sepak, badminton dan sudah pasti menghasilkan bisnes lebih baik kepada restoran, jelasnya.”
Pakej BIZone yang telah dilancarkan pada Jumaat lalu oleh Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong menawarkan 15 saluran sukan, 25 saluran bukan sukan dan lapan saluran percuma bermula RM 400 sebulan.
Pakej tersebut juga memberi kemudahan kepada pemilik perniagaan dengan menawarkan kontrak yang lebih pendek iaitu 12 bulan berbanding pek lama 24 bulan.
Dalam pada itu, bekas pemain negara Safee Sali juga gembira dengan kehadiran penonton yang ramai dalam memberi sokongan buat skuad negara di Piala Asia.
“Mamak sudah sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia jadi bagi saya inisiatif seperti ini sesuai untuk menyemarakkan lagi penyokong-penyokong kita yang tidak mampu ke Qatar tetapi hadir ke restoran mamak untuk menyokong dan mendoakan kejayaan pasukan negara kata,” kata Safee.
BIZone Watch Party yang dipersembahkan secara eksklusif dengan kerjasama Era FM dan Ali Food Corner dihadiri kira-kira 260 penyokong bola sepak tanah air pada Khamis.
Terdapat juga beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan timbang bola ping-pong dan cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti bola rasmi Liga Malaysia serta jersi rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia.
#safee sali #Liga Malaysia #Persatuan Bola Sepak Malaysia #Piala Asia #AstroBIZ #BIZone
;