BINTANG program realiti TV, US MasterChef Junior, Ben Watkins dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 14 tahun.
Berita kematian chef celik itu disahkan oleh ahli keluarga Ben, pada Isnin.
Kematian Ben juga turut dirasai oleh juri rancangan popular itu, Gordon Ramsay, yang turut menyifatkan Watkins “seorang chef celik berbakat dan cekal”.
Watkins, yang membintangi rancangan masakan popular itu pada tahun 2018.
Difahamkan, Ben datang dari sebuah keluarga yang susah dan kehilangan ibu dan bapanya dalam kes bunuh diri tiga tahun lalu.
Dia dibesarkan oleh neneknya, Donna Edwards dan bapa saudaranya, Anthony Edwards.
“Dia telah pergi untuk bertemu dengan ibunya pada petang hari ini setelah bertarung nyawa melawan kanser untuk tempoh setahun setengah.
“Biarpun kami berasa sedih dengan kehilangannya, namun kami berasa lega kerana penderitaannya telah berakhir dan kami terharu kerana dia disayangi ramai orang di sepanjang hayatnya," kata Donna dan Anthony dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Ben berasal dari Chicago dan mendapat kemahiran dalam bidang kulinari selepas bekerja dengan bapanya di restauran milik keluarganya, Michael's Barbecue Restaurant.
Dia juga pernah menyatakan bahawa dia mewarisi kemahiran dalam bidang bakeri menerusi ibunya.
Bagaimanapun pada 2017, dia berdepan dengan peristiwa tragik dalam hidupnya.
Difahamkan, bapa Ben telah menembak mati ibunya dan kemudian membunuh diri dengan senjata api yang sama.
Astro Awani
Thu Nov 19 2020
![Bintang US MasterChef Junior, Ben Watkins meninggal dunia pada usia 14 tahun Bintang US MasterChef Junior, Ben Watkins meninggal dunia pada usia 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605766404_TBBenWatkins.jpg)
Kematian Ben juga turut dirasai oleh juri rancangan popular itu, Gordon Ramsay, yang turut menyifatkan Watkins -seorang chef celik berbakat dan cekal-. -Foto Instagram / Masterchef Junior
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Bekas ahli gusti WWE Chyna dijumpai mati Bekas ahli gusti WWE Chyna dijumpai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71461230495_Chyna.jpg)
Bekas ahli gusti WWE Chyna dijumpai mati
Personaliti WWE dan netizen terkejut dengan berita kematian Chyna yang dianggap sebagai perintis dalam dunia gusti.
![Bekas suami Liza Minnelli ditemui mati di London Bekas suami Liza Minnelli ditemui mati di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51460518027_DavidGest.jpg)
Bekas suami Liza Minnelli ditemui mati di London
Bekas suami penghibur terkenal Liza Minnelli, David Gest, ditemui mati di sebuah hotel di London pada Selasa.