Bintang Twilight galas peranan sebagai Hercules

Astro Awani
April 11, 2013 13:28 MYT
Pemegang watak Emmett Cullen dalam filem "Twilight" bakal menggalas peranan sebagai Hercules.
Kellan Lutz disahkan akan menerajui filem baru, "Hercules 3D".
Filem arahan Renny Harlin itu dijangka menelan belanja sebanyak AS$70 juta (RM212 juta).
Harlin sebelum ini pernah mengarahkan "Die Hard 2" dan "Cliffhanger".
Menurut Harlin, Lutz menjadi pilihan untuk memegang peranan Hercules bukan saja kerana bentuk fizikal malah personaliti mistik yang dimilikinya.
Plot filem masih lagi dirahsiakan namun penggambaran bakal bermula pada Mei ini di Bulgaria.
Selain itu, sebuah lagi filem berjudul "Hercules: The Thracian Wars" sedang dalam pembikinan.
Dibintangi oleh Dwayne Johnson, filem tersebut diarahkan oleh Brett Ratner.
#Hercules 3D #Kellan Lutz
;