Bintang Power Rangers, Jason David Frank meninggal dunia
Astro Awani
November 20, 2022 06:00 MYT
November 20, 2022 06:00 MYT
NEW YORK: Jason David Frank, yang memainkan watak Power Rangers Hijau, Tommy Oliver dalam siri TV tahun 1990-an 'Mighty Morphin Power Rangers' meninggal dunia pada usia 49 tahun.
Pengurus Frank, Justine Hunt dalam satu kenyataan pada Ahad mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan punca kematian.
Antara yang pertama mengucapkan takziah adalah Walter Emmanuel Jones yang memainkan watak Power Rangers Hitam.
"Saya sangat sedih kelihangan seorang lagi ahli istimewa dalam keluarga kami ini," katanya dalam catatan terbaharu dalam akaun Instagram peribadinya.
Thuy Trang, yang memainkan watak Power Rangers Kuning meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2001 ketika berusia 27 tahun.
'Mighty Morphin Power Rangers' merupakan siri TV berkenaan lima remaja yang ditugaskan untuk menyelamat bumi daripada kejahatan.
Ia pertama kali disiarkan di Fox pada tahun 1993 dan menjadi fenomena budaya pop.
Pada awal siaran, watak Frank, Tommy Oliver dilihat sebagai penjahat yang dipengaruhi oleh Rita Repulsa.
Namun tidak lama kemdian dia diserapkan dalam kumpulan remaja itu sebagai Power Rangers Hijau dan menjadi antara watak paling popular dalam siri TV itu.
Frank kemudian dijadikan Power Rangers Putih dan ketua kumpulan tersebut.