Bintang K-pop dipenjara 6 tahun kerana sebar video lucah
Agensi
November 29, 2019 00:18 MYT
November 29, 2019 00:18 MYT
BINTANG K-pop, Jung Joon-young dipenjara enam tahun atas kesalahan merogol dan merakam aksi lucah serta menyebarkan video itu tanpa kerelaan pasangannya.
Dalam pada itu, seorang lagi artis Korea Selatan yang juga bekas anggota kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon juga didapati bersalah atas tindakan merogol secara beramai-ramai yang membabitkan mangsa lain pada 2016.
Jung dan Choi, yang kedua-duanya berusia 30 tahun, sama-sama didakwa atas tuduhan merogol wanita semasa malam parti di Hongcheon, Wilayah Gangwon, pada Januari 2016 dan di Daegu pada Mac tahun yang sama.
Jung dikenakan hukuman lebih berat (penjara enam tahun) kerana didakwa atas tuduhan merakam aksi lucahnya itu secara senyap dan berkongsikan kepada rakan-rakan lain di ruangan sembang telefon bimbitnya.
Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pesalah untuk menjalani program pemulihan seks selama 80 jam dan dilarang daripada bekerja di fasiliti kanak-kanak dan belia untuk tempoh lima tahun.
Sebaik mendengar keputusan mahkamah, kedua-duanya tidak dapat menahan emosi dan menangis apabila mendengar keputusan mahkamah itu.
Dalam pada itu, pihak mahkamah turut menolak dakwaan tertuduh bahawa seks diadakan secara suka rela.
“Jung dan Choi merogol bersama mangsa yang mabuk dan tidak berdaya melawan. Sukar memikirkan sejauh mana penderitaan dialami mangsa,” kata penghakiman berkenaan.
#Choi Jong-hoon
#gangguan seksual
#Jung Joon-young
#K-pop
#Korea Selatan
#mangsa
#penjara
#seks
#video
#video lucah