Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur

Astro Awani
Mei 27, 2022 10:30 MYT
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani sebuah penggambaran filem di Republik Dominican, pada Khamis. - Gambar AP
LOS ANGELES: Aktor Hollywood, Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika menjalani penggambaran filem di Republik Dominican, pada Khamis.
Berita pemergian pelakon berusia 67 tahun itu disahkan wakil agensi publisiti, Jennifer Allen.
Memetik laporan CNN, mendiang berada di Republik Dominican bagi menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" bersama pelakon Eric Dane, Odeya Rush dan Saffron Burrows.
Anak angkat kepada pasangan Alfred dan Mary Liotta itu dilahirkan di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat.
Punca kematian Liotta setakat ini belum dipastikan.
Sementara itu, penerbit filem "Dangerous Waters", Lars Berg menyifatkan pemergian Liotta sebagai satu kehilangan besar kepada dunia hiburan.
"Takziah kepada ahli keluarga, tunang dan anak perempuannya," katanya.
Liotta terkenal dengan watak Henry Hill dalam filem klasik "Goodfellas", antara filem terhebat abad ke-20 gandingan bersama aktor Robert De Niro dan Joe Pesci.
Filem "Goodfellas" memenangi satu Anugerah Oscar dan dicalonkan untuk lima kategori lain.
Dalam pada itu, Lorraine Bracco yang membawa watak sebagai isteri dalam filem "Goodfellas" turut memberi penghormatan kepada Liotta pada Khamis.
"Hati saya hancur mendengar berita kematian Ray.
"Di mana-mana saya berada di dunia, ada sahaja orang akan datang memberitahu filem kegemaran mereka adalah 'Goodfellas'.
"Kemudian mereka akan tanya apa 'episod' terbaik dalam pembikinan filem itu, dan jawapan saya sama... Ray Liotta," tulisnya menerusi laman Twitter.

I am utterly shattered to hear this terrible news about my Ray. I can be anywhere in the world & people will come up & tell me their favorite movie is Goodfellas. Then they always ask what was the best part of making that movie. My response has always been the sameRay Liotta. pic.twitter.com/3gNjJFTAne

— Lorraine Bracco (@Lorraine_Bracco) May 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liotta juga membintangi filem "Field of Dreams" dan beberapa siri televisyen termasuk "Shades of Blue" dan memenangi Anugerah Emmy pada 2005 bagi kategori pelakon pembantu menerusi drama "ER".
Mendiang Ray Liotta meninggalkan anak perempuannya Karsen Liotta, serta tunangnya Jacy Nittolo yang dikatakan turut berada di lokasi penggambaran.
#penggambaran filem #ray liotta #meninggal dunia #aktor hollywood
;