Bintang Bollywood, Irrfan Khan hidap penyakit jarang ditemui

Agensi
Mac 17, 2018 10:50 MYT
Pelakon berusia 51 tahun itu memaklumkan menerusi Twitter bahawa dia telah didiagnos sebagai menghidap tumor neuroendrokrin. - Foto Facebook @irrfanofficial
Pelakon Bollywood, Irrfan Khan, yang cukup popular menerusi filem antarabangsa 'Life of Pi' dan 'Slumdog Millionaire', disahkan menghidap penyakit yang jarang ditemui.
Perkara itu didedahkan pelakon berkenaan menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.
Pelakon berusia 51 tahun itu memaklumkan dia telah didiagnos sebagai menghidap tumor neuroendrokrin.
"Saya akui memang sukar menerima berita bahawa saya telah disahkan mengalami tumor neuroendokrin, tetapi kasih sayang dan kekuatan insan-insan di sekeliling saya telah memberi saya harapan," ujar Khan di Twitter.

pic.twitter.com/IDThvTr6yF

— Irrfan (@irrfank) March 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tumor neuroendokrin adalah pertumbuhan abnormal pada sel-sel khusus yang dipanggil sel neuroendokrin.
Ia adalah penyakit yang jarang berlaku dan hanya dihidapi 35 orang dalam 100,000 orang.
Khan turut memberitahu dirinya akan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.
"Bagi mereka yang menunggu kata-kata saya, saya berharap dapat kembali dengan lebih banyak cerita untuk dikongsikan," katanya, sambil meminta peminat agar mendoakan yang terbaik.
Pada 5 Mac lalu, Khan dalam Twitternya ada memaklumkan bahawa dia menghidap penyakit yang 'jarang berlaku' tanpa memberi penjelasan lanjut.

pic.twitter.com/JXD8NKwH3D

— Irrfan (@irrfank) March 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berlakon dalam lebih 100 filem sepanjang 30 tahun kerjaya, Khan merupakan antara pelakon Bollywood yang paling diktiraf dunia.
Khan juga pernah membintangi filem antarabangsa lain seperti 'Inferno' dan 'Jurassic World'.
BACA: Aktor Irrfan Khan atasi kejayaan tiga Khan melalui Jurassic World
#Bollywood #Irrfan Khan #neuroendokrin #penyakit jarang jumpa #tumor neuroendrokrin
;