Bingit bakal wakili negara ke Filmapalooza 2016
Astro Awani
Disember 13, 2015 13:55 MYT
Disember 13, 2015 13:55 MYT
Filem pendek tulisan Redza Minhat yang berjudul ‘Bingit’ terpilih sebagai pemenang utama Filem Terbaik di pertandingan Kuala Lumpur 48 Hour Film Project 2015 (KL48HFP).
Filem Bingit turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Azman Hassan), Suntingan Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lakonan Berkumpulan Terbaik dan Skrip Terbaik.
Filem tersebut yang diterbitkan secara berkumpulan oleh Disko Swing bakal mewakili negara ke Filmapalooza 2016 yang bakal berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat pada 2 hingga 5 Mac tahun depan.
Menurut Tuan Faisal Tuan Kob, penyertaan kali kedua dalam pertandingan ini sangat bermakna.
"Kali pertama, penyertaan kami dibatalkan kerana terlebih masa. Pertandingan ini lain daripada yang lain kerana tempoh masa pembikinan sesebuah filem. Dengan pelbagai faktor luaran serta penyertaan beberapa produksi yang hebat, pastinya kemenangan ini sangat bermakna.
Tambahnya lagi, sokongan daripada pihak FINAS amat diperlukan sebelum ke Atlanta tahun hadapan.
"Kami berharap di Atlanta akan membuka lebih banyak peluang untuk filem pendek ini dikembangkan. Peluang untuk bertemu dengan pemenang dari lebih 35 negara pastinya kami tunggu-tunggu," akhirinya.
Senarai penuh pemenang KL 48 Hour Film Project 2015
Filem Terbaik – Bingit (Disko Swing)
Pilihan Penonton (A) – Hakikat (Brilliant Brothers)
Pilihan Penonton (B) – Putus (Disconnected) (Makkaley Production Team)
Pilihan Penonton © - Helianthus (Fiery Films)
Skrip Terbaik – Bingit
Suntingan Terbaik – Bingit
Arahan Terbaik – Buongiorno (S-Log 2)
Sinematografi Terbaik – Rintik Melankolik (Mazazi Production)
Rekaan Bunyi Terbaik – Bingit (Disko Swing)
Pelakon Lelaki Terbaik – Azman Hassan (Bingit)
Pelakon Wanita Terbaik – Yana Ereen (Rintik Melankolik)
Lakonan Berkumpulan Terbaik – Bingit
Penggunaan Watak Terbaik – Killer Moves (Post Modern Pictures)
Penggunaan Prop Terbaik – Dani Nak Mati (FiTA 3)
Penggunaan Dialog Terbaik – Osman Ortega Melawan Norma (VDOgraf)
Poster Terbaik – The Promose (5 Production)
Trailer Terbaik – Yus To Dance And The Bumbling Cowboy (Armmatt Films)